awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar buka ruang bincang dengan pembangkang cari solusi tangani krisis tenaga global
[TERKINI] Agong zahir ucapan takziah atas pemergian Dr Ling Liong Sik
MCA kibar bendera separuh tiang, penghormatan tertinggi pemergian Dr Ling Liong Sik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka klinik gigi tidak berdaftar, wanita ke Penjara Kajang

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2026
07:43 MYT
Buka klinik gigi tidak berdaftar, wanita ke Penjara Kajang
Pihak polis membawa Nurul Syafiqaa (kanan) ke Penjara Kajang selepas gagal membayar denda pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Seorang wanita didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, kerana menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan, enam tahun lalu.
Hakim, Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan mewakili Nurul Syafiqaa Ali, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagaimanapun, wanita itu selaku orang kena saman (OKS) dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman selama 12 bulan selepas gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan pindaan, wanita itu didakwa menyediakan klinik pergigian swasta yang tidak didaftarkan di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, di Puchong Prima, di sini jam 2.30 petang pada 6 April 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada 6 April 2021, sepasukan pegawai Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyerbu sebuah premis di Puchong Prima selepas menerima maklumat mengenai operasi klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar.
Ketika serbuan, OKS sedang memberikan rawatan pemasangan pendakap gigi kepada seorang wanita.
Pemeriksaan mendapati dia gagal mengemukakan bukti pendaftaran klinik pergigian serta perakuan tahunan sebagai pengamal pergigian berdaftar. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#klinik pergigian haram
#Kesihatan Swasta
#jabatan kesihatan selangor
#akta kesihatan
#kes mahkamah
#pendakap gigi
#pengamal pergigian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan