awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh kekasih demi kehormatan diri, remaja perempuan berdepan hukuman gantung

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
29/09/2022
04:32 MYT
Bunuh kekasih demi kehormatan diri, remaja perempuan berdepan hukuman gantung
Tertuduh, Sim Hui Ying dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu. - Gambar Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan membunuh teman lelakinya, minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret R. Salini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan niat sehingga menyebabkan kematian Yap Kelly, 29, pada 20 September lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Mount Austin, di sini.
Difahamkan, suspek bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Mohammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat dan kimia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#bunuh kekasih
#kehormatan diri
#Remaja perempuan
#hukuman gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan