Bursa Malaysia ditutup tinggi

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata situasi tidak menentu dijangka berterusan dalam masa terdekat berikutan perkembangan geopolitik dan pergerakan harga minyak mentah yang kekal sebagai pemacu utama.
“Walaupun risiko penurunan dijangka dapat dikurangkan oleh aktiviti belian saham pada harga rendah, momentum kenaikan dijangka secara berperingkat jika tiada pemangkin positif yang lebih jelas,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM11.36, Public Bank meningkat 11 sen kepada RM4.80, Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM14.60, CIMB Group menokok 21 sen kepada RM7.80 manakala IHH Healthcare menurun empat sen kepada RM8.74.
Dalam senarai paling aktif, Zetrix AI naik empat sen kepada 89.5 sen, VS Industry menambah 1.5 sen kepada 20.5 sen, Velesto Energy meningkat satu sen kepada 35 sen, MTT Shipping yang mula disenaraikan di Pasaran Utama merosot tiga sen kepada RM1.00 manakala Astro Malaysia meningkat satu sen kepada 7.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries melonjak RM2.40 kepada RM36.60, Hong Leong Bank naik 56 sen kepada RM22.96, Hong Leong Financial Group meningkat 46 sen kepada RM19.34, Dutch Lady Milk Industries menambah 36 sen kepada RM32.38 manakala UWC menokok 23 sen kepada RM4.78.
Daripada kaunter paling rugi, Kuala Lumpur Kepong merosot 28 sen kepada RM20.60, Fraser & Neave menurun 26 sen kepada RM31.20, Bintulu Port berkurangan 24 sen kepada RM5.35, Petronas Dagangan menyusut 20 sen kepada RM20 dan Petronas Chemicals menurun 19 sen kepada RM5.12.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 99.53 mata kepada 12,483.31, Indeks FBM Emas naik 104.73 mata kepada 12,648.08, Indeks FBM Mid 70 menambah 162.46 mata kepada 17,851.04, Indeks FBM Emas Shariah menokok 48.46 mata kepada 12,472.13 dan Indeks FBM ACE menambah 37.53 mata kepada 4,620.51.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 307.11 mata kepada 20,324.56, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 1.55 mata kepada 185.17, Indeks Tenaga naik 2.28 mata kepada 808.34, bagaimanapun Indeks Perladangan merosot 35.24 mata kepada 8,836.88.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.14 bilion unit bernilai RM2.90 bilion daripada 1.68 bilion unit bernilai RM2.61 bilion pada Isnin.

