awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan ditahan rogol adik kandung

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2022
20:50 MYT
Buruh binaan ditahan rogol adik kandung
Mangsa dikatakan telah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya berkenaan kejadian itu, namun tidak dipercayai. - Gambar hiasan
KLANG: Polis memberkas seorang lelaki di sekitar daerah ini, pada Isnin selepas dipercayai merogol adik kandungnya.
Timbalan Ketua Polis Klang Selatan, Superintendan Rahmat Ariffin berkata, mangsa berusia 22 tahun mendakwa dalam kejadian pada Ogos 2018 telah dirogol abangnya kira-kira jam 1 pagi di kediaman mereka di Klang.
Katanya, mangsa juga mendakwa telah dirogol beberapa kali selepas kejadian itu.
"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga dikatakan telah memaklumkan kepada ibu dan ayahnya berkenaan kejadian itu, namun tidak dipercayai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang diketuai Inspektor Khairul Shahril telah menahan suspek berusia 24 tahun kira-kira jam 11 malam pada Isnin.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan telah direman sehingga 7 Februari untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol
#buruh binaan
#adik kandung
#Polis Klang Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan