awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus

Bernama
Bernama
28/01/2026
02:15 MYT
Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus
Mayat mangsa ditemukan di bahagian hadapan rumah sebelum dihantar ke Unit Forensik HSNZ. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Seorang buruh binaan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Gelam, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.30 petang yang memaklumkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah kediaman berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam di sini.
Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah batu telah 100 peratus musnah dan dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki berusia 49 tahun yang terperangkap di dalam kediaman berkenaan.
"Operasi melibatkan 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu.
"Mayat mangsa (Shafie @ Abd Rahman Awang) ditemukan di bahagian hadapan rumah sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#buruh binaan
#meninggal dunia
#Azli Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan