awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh kontrak ke tali gantung akibat mengedar dadah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/08/2020
06:41 MYT
Buruh kontrak ke tali gantung akibat mengedar dadah
Tertuduh yang berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan itu tiga tahun yang lalu dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (A) tetapi ia dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap Abd Wahab Said di akhir pembelaan.
Tertuduh yang berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan itu tiga tahun yang lalu dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (A).
Bagaimanapun, dia dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 123.89 gram.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 7.30 pagi di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang pada 10 Disember 2017.
Tertuduh juga didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 51.84 gram dan herion seberat 43.60 gram di dalam sebuah kereta Perodua MYVI yang diparkir di alamat, masa dan tarikh yang sama.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Ahmad Fadhil Mahmud.
Sebelum ini tertuduh pernah dipenjarakan sebanyak lima kali atas kesalahan mengedar dadah.
Topic Berkaitan
#buruh
#Dadah
#gantung
#heroin
#Hukuman
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Tinggi
#methamphetamine
#sampai mati
#Seksyen 39B
#tak serik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan