awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan

Astro Arena
Astro Arena
23/03/2026
13:30 MYT
Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan
Olimpian negara, Maninderjit Singh, menganggap kehadiran Carolan (gambar) bukanlah pada masa yang sesuai. - StadiumAstro
TUGAS berat menanti ketua jurulatih hoki negara yang baharu, Brendon Carolan, dengan tempoh persediaan yang disifatkan singkat menuju ke tiga kejohanan utama tahun ini.
Pendapat itu dilontarkan olimpian negara, Maninderjit Singh, yang menganggap kehadiran Carolan bukanlah pada masa yang sesuai.
Justeru, semua pihak termasuk penyokong tidak boleh meletakkan harapan terlalu tinggi, khususnya dengan baki dua bulan menuju ke ujian sulung buat pengendali dari Afrika Selatan tersebut, iaitu saingan Piala Negara-Negara 2026 pada Jun depan.
"Dalam tempoh lima bulan ini, skuad hoki akan menghadapi Piala Dunia dan Sukan Asia dan Piala Negara-Negara.
"Waktu untuk (peralihan) ini sebenarnya tidak begitu baik untuk mana-mana pasukan.
"Keputusan harus dibuat selepas Sukan Asia. Kadang-kadang tidak boleh wujudkan gelora dalam pasukan, (lagipun) motivasi pasukan juga tidak begitu bagus sebab tidak beraksi baik dalam pusingan kelayakan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Dia turut berpendapat pertukaran jurulatih berpotensi untuk menghasilkan keputusan berbeza, namun keputusan positif atau sebaliknya tetap bergantung kepada pemain.
Bagaimanapun dia mengakui dirinya ternanti-nanti untuk melihat perubahan yang bakal berlaku susulan fasa peralihan tersebut.
"Tukar jurulatih tapi pemain tetap yang sama. Hasilnya mungkin tidak banyak perubahan di peringkat antarabangsa.
"Tahun ini (sebenarnya) bukan waktu yang tepat untuk pertukaran jurulatih sebab ada banyak kejohanan besar (yang akan dihadapi)," katanya.
  • Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#jurulatih
#hoki
#skuad hoki negara
#prestasi pasukan
#Brendon Carolan
#maninderjit singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan