awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2021
05:32 MYT
'CAC Stadium Malawati seperti medan perang'
Tinjauan sejak jam 12 tengah hari sehingga 3 petang Isnin mendapati orang ramai masih beratur dan ada juga yang menunggu di kerusi disediakan di kawasan parkir kenderaan bersebelahan dengan Stadium Malawati. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini, seperti berada dalam suasana peperangan apabila ribuan individu positif COVID-19 berpusu-pusu melapor diri pada Isnin.
Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara yang disyaki positif turut beratur dan terpaksa berpanas sejak jam 11 pagi bagi melakukan penilaian kesihatan sebelum dilihat beredar kira-kira jam 3 petang.
Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.
"Jangkaan hadir ialah 3,516 orang tetapi ia tidak berhenti lagi dan melangkaui angka 4,000.
"Hari ini dalam sejarah dan kali pertama orang paling ramai. Suasana juga sudah hampir seperti (dalam) suasana perang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sejak jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang mendapati orang ramai masih beratur dan ada juga yang menunggu di kerusi disediakan di kawasan parkir kenderaan bersebelahan dengan Stadium Malawati.
Bagaimanapun, setakat ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara terbabit.
BACA BERITA ASAL DI SINAR HARIAN - Lebih 4,000 lapor diri, CAC Stadium Malawati seperti medan perang
Topic Berkaitan
#COVID-19
#CAC
#JKNS
#DEFM
#Kanak-kanak
#shah alam
#bayi
#Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
#Ahmad Sayuti Bashiron
#Stadium Malawati
#penilaian
#kesihatan
#beratur panjang
#berpanas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan