awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj air mentah: Kerajaan Pulau Pinang enggan 'perang mulut' dengan Kedah - Chow Kon Yeow

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/12/2020
08:20 MYT
Caj air mentah: Kerajaan Pulau Pinang enggan 'perang mulut' dengan Kedah - Chow Kon Yeow
Menurut Chow, jika perkara itu tidak diselesaikan dengan baik, beliau bimbang situasi itu akan berpanjangan sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pemimpin negeri.
BATU KAWAN:Kerajaan Pulau Pinang enggan memanjangkan isu tuntutan caj air mentah oleh Kedah kerana tidak mahu mencetuskan suasana tegang dan 'perang mulut' antara pemimpin di kedua-dua negeri.
Sebaliknya, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri Kedah berhubung isu tersebut.
Menurut Chow, jika perkara itu tidak diselesaikan dengan baik, beliau bimbang situasi itu akan berpanjangan sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pemimpin negeri seterusnya menjadi bahan ketawa rakyat.
"Saya rasa rakyat tidak mahu melihat kedua-dua negeri ini perang mulut dalam media dan harapkan perbincangan di adakan.
"Kita sudah ada perbincangan dengan Menteri Alam Sekitar dan Air pada Oktober lalu. Jadi saya rasa lebih baik rundingan dibuat, tidak perlu perang mulut... ia beri gambaran amat buruk.
"Kita perlu jaga imej kita sendirilah, jangan sewenang-wenangnya menyuarakan perkara yang rakyat rasa amat lucu dan mengecewakan jugalah," katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Chow sekali lagi menegaskan Pulau Pinang mengekstrak air mentah dari bahagian negeri itu sejajar dengan hak dan undang-undang antarabangsa.
Justeru, Chow berkata pihaknya tidak akan membayar tuntutan RM50 juta setahun yang diminta kerajaan negeri Kedah.
Bagaimanapun, beliau mengulangi sokongannya terhadap kerajaan negeri Kedah untuk menuntut pampasan daripada kerajaan Persekutuan kerana mewartakan Hutan Simpan Kekal Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air, sekali gus tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#caj air mentah
#Kedah
#pulau pinang
#Chow Kon Yeow
#rundingan
#perbincangan
#kawasan tadahan air
#perang mulut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan