awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon Ketua Bahagian PKR dakwa Khalid Ibrahim amal politik wang

Bernama
Bernama
11/05/2014
07:24 MYT
Calon Ketua Bahagian PKR dakwa Khalid Ibrahim amal politik wang
Pemilihan PKR
Seorang calon yang bertanding jawatan ketua bahagian PKR Kuala Selangor mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram melibatkan pesaingnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
S. Manikavasagam berkata beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi. Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.
"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.
"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya kepada pemberita di tempat pengundian di Bestari Jaya di sini hari ini.
Manikavasagam, yang merupakan penyelaras kawasan negeri Bukit Melawati, juga menggesa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera terhadap dakwaan wujudnya amalan politik wang itu kerana ia boleh mencemarkan imej PKR.
Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Khalid bagi jawatan itu.
Topic Berkaitan
#Khalid Ibrahim
#PKR
#S. Manikavasagam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan