awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PRU digesa jaga adab santun ketika kempen

Bernama
Bernama
18/03/2013
13:24 MYT
Calon PRU digesa jaga adab santun ketika kempen
Calon yang bertanding pada pilihan raya umum nanti digesa tidak mengabaikan kesantunan berbahasa terutama bahasa Melayu walaupun dalam keghairahan berkempen.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan berkata walaupun berlainan ideologi dan pandangan politik, ia bukan tiket untuk menggadaikan kesantunan bahasa yang menjadi kebanggaan sesebuah tamadun bangsa.
"Pilihan raya ini adalah satu sistem dalam negara demokrasi untuk memilih wakil rakyat dan pemimpin, tapi tak sepatutnya dalam nak memilih wakil kita sampai hilang adab," katanya kepada Bernama di sini.
Awang berkata calon tanpa mengira bangsa yang mampu menjaga kesantunan bahasa Melayu merupakan calon yang selayaknya dipilih sebagai wakil rakyat kerana mereka berupaya menjaga satu daripada lambang tamadun bangsa.
"Malah, kita tahu dalam Parlimen mereka ini (wakil rakyat) kena berbahas dalam bahasa Melayu," katanya.
Menurut Awang, kesantunan bahasa dan adab tidak terhad kepada ceramah politik sahaja kerana ia perlu mencakupi bahan kempen seperti sepanduk, poster atau risalah.
Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang berpendapat calon seharusnya berkempen secara berhemah kerana mereka merupakan bakal wakil rakyat.
"Calon ini biarlah kempen secara berhemah, matang...janganlah cakap atau guna bahasa yang tidak sepatutnya," katanya.
Topic Berkaitan
#DBP
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan