awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/01/2024
11:05 MYT
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Kedua-dua pelajar yang baru ditahan itu masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Penahanan kedua-dua pelajar itu menjadikan keseluruhan lima pelajar dari dua sekolah menengah di Cheras telah ditahan bagi membantu siasatan kes samun yang menyasarkan warga asing.
Menurut sumber, kedua-dua pelajar yang baru ditahan itu masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.
"Salah seorang daripada mereka sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kelima-lima suspek berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun," katanya kepada Astro AWANI, pada Ahad.
Mengulas lanjut, sumber itu berkata, tempoh reman ke atas tiga pelajar yang ditahan 10 Januari lalu dilanjut lagi sehingga 21 Januari ini.
"Manakala reman terhadap dua lagi pelajar yang baru ditahan adalah sehingga 20 Januari ini," ujarnya.
Pada Rabu, Astro AWANI melaporkan tiga pelajar Tingkatan Tiga dari dua sekolah menengah di Cheras ditahan polis selepas disyaki melakukan samun berkumpulan menggunakan pisau ke atas seorang warga asing di Taman Connaught, Cheras.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#samun warga asing
#pelajar sekolah
#calon SPM
#Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan