awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon tunggal OKU penglihatan bersemangat tinggi hadapi SPM

Bernama
Bernama
14/11/2025
13:30 MYT
Calon tunggal OKU penglihatan bersemangat tinggi hadapi SPM
Muhammad Akmal menunjukkan semangat tinggi untuk menduduki peperiksaan itu meskipun menghadapi kekurangan diri. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Muhammad Akmal Mohamad Zaili, calon tunggal bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah, bersemangat tinggi untuk menduduki peperiksaan itu meskipun berdepan kekurangan diri.

Ringkasan AI
  • Muhammad Akmal Mohamad Zaili, calon tunggal OKU penglihatan SPM Kedah, menghadapi cabaran kekurangan diri dengan gigih belajar subjek utama seperti Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, dan Matematik menggunakan bahan bacaan Braille dan rakaman audio.
  • Beliau, yang bakal menduduki enam subjek teras, bersyukur atas sokongan rakan dan guru yang memberikan semangat, sementara sekolah turut menyediakan sokongan khusus termasuk jurubaca.
  • Pengetua SMK Tunku Abdul Malik meyakini semangat dan disiplin tinggi Muhammad Akmal akan membantu beliau hadapi peperiksaan SPM yang bermula 25 Nov hingga 23 Dis ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik berusia 19 tahun itu gigih mengulang kaji pelajaran menggunakan bahan bacaan Braille dan rakaman audio, serta memberikan tumpuan kepada subjek utama.
"Persediaan untuk SPM, saya fokus empat subjek, iaitu Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Matematik. Saya belajar di kelas perdana, jadi cara saya adalah dengan merekodkan suara cikgu yang mengajar dan mendengarnya semula selepas pulang ke asrama.
"Perkara ini cabaran bagi saya berbanding pelajar lain. Saya memerlukan masa lebih panjang untuk mengulang kaji kerana kekangan yang dihadapi, tetapi saya yakin boleh melakukannya," katanya ketika ditemui di SMK Tunku Abdul Malik, di sini hari ini.
Muhammad Akmal yang bakal menduduki peperiksaan enam subjek teras pada peperiksaan itu, turut bersyukur kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada rakan serta guru yang sentiasa memberikan semangat kepadanya.
Mengimbas mengenai masalah penglihatannya, Muhammad Akmal berkata pada awalnya dia hanya rabun sebelum disahkan mengalami kerosakan saraf pada usia 11 tahun.
"Pada mulanya memang sukar dan saya sedih sebab tak boleh melihat macam orang lain, tetapi lama-kelamaan saya belajar menerima keadaan dan sesuaikan diri," katanya yang berasal dari Tanjung Dawai.
Sementara itu, Pengetua SMK Tunku Abdul Malik, Faridah Derani, berkata persiapan rapi telah dibuat untuk memastikan Muhammad Akmal dapat menduduki peperiksaan dengan lancar, termasuk penyediaan jurubaca.
"Sekolah turut berhubung dengan Bahagian Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk kelulusan penambahan masa antara sejam hingga satu jam setengah kepada calon OKU mengikut subjek," katanya.
Beliau yakin semangat kental dan disiplin tinggi ditunjukkan Muhammad Akmal sepanjang tempoh persekolahan akan membantu pelajar itu menghadapi peperiksaan SPM nanti.
Peperiksaan bertulis SPM akan bermula dari 25 Nov hingga 23 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM
#OKU
#tempoh persekolahan
#disiplin tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan