awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/12/2022
06:55 MYT
CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera
Kerajaan Pulau Pinang digesa membatalkan projek kereta kabel yang menghubungkan Taman Botani ke puncak Bukit Bendera Pulau Pinang, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang digesa membatalkan projek kereta kabel yang menghubungkan Taman Botani ke puncak Bukit Bendera Pulau Pinang.
Gesaan dibuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang berpendapat, projek pembangunan itu akan membawa kesan serius kepada alam sekitar dan kesihatan.
Presidennya, Mohiden Abdul Kader berkata, pembangunan itu akan memberi kesan buruk kepada persekitaran bukit yang sensitif serta membahayakan keseimbangan ekologi.
Beliau berkata, penyediaan kereta kabel kelak akan membawa kepada pembinaan hotel, restoran, taman tema, rumah dan jalan raya bagi menampung peningkatan bilangan pelancong dan penduduk.
Kata Mohideen, projek itu juga akan menyebabkan kehilangan litupan hutan dan pencemaran sungai di atas bukit selain mengakibatkan pengurangan habitat dan akibatnya menyebabkan kepupusan tumbuhan, haiwan, burung dan serangga.
"Kesannya juga akan menyebabkan hakisan tanah, kemerosotan pada cerun tanah dan peningkatan tanah runtuh.
“Pihak berkuasa jelas tidak belajar apa-apa daripada kejadian ribut dan banjir beberapa tahun lalu yang menyebabkan tanah runtuh secara besar-besaran, menumbangkan banyak pokok dan memutuskan perhubungan di atas bukit itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohideen berkata, peningkatan jumlah pelancong dan penduduk akan menghasilkan peningkatan yang ketara dalam penggunaan sumber makanan, air dan tenaga serta pengeluaran sisa.
"Sisa boleh menyebabkan kerosakan besar kepada ekosistem bukit. Bukit itu tidak mempunyai kemudahan pembuangan kumbahan dan sisa yang mencukupi untuk mengendalikan sisa yang dihasilkan oleh sejumlah besar pelancong dan penduduk," tegas beliau lagi.
Mohideen berkata, projek kereta kabel yang akan dibina di Taman Belia dan Taman Kebun Bunga juga pastinya akan mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan kejiranan.
"Pencemaran udara dan bunyi akan mencapai had yang tidak boleh diterima dan merosakkan keseronokan mereka yang mengunjungi Taman Belia dan Taman Kebun Bunga,” ujar Mohideen.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa projek kereta kabel ke Bukit Bendera telah dianugerahkan kepada Hartasuma Sdn. Bhd.
Projek dengan anggaran pelaburan RM245 juta yang akan ditempatkan di kawasan Taman Kebun Bunga itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Topic Berkaitan
#kereta kabel Bukit Bendera
#kerajaan pulau pinang
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#Hartasuma Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan