awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Careca pemain import kelima TFC

Bernama
Bernama
07/07/2025
00:00 MYT
Careca pemain import kelima TFC
Mohd Syahrizan berkata kehadiran Careca (gambar) menjadi kekuatan untuk TFC memburu kejayaan lebih cemerlang pada musim ini setelah sekadar menduduki tangga kelima Liga Super musim lepas. - Foto Terengganu FC
KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mengumumkan pemain import kelima Raianderson da Costa Morais bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/26.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain tengah kelahiran Brazil itu menandatangani kontrak selama semusim bersama skuad Penyu.
Beliau berkata pemain yang lebih dikenali sebagai Careca itu tidak asing lagi dalam kancah Liga-M kerana pernah bermain bersama Perak FC pada 2019 hingga 2021.
"Pemain berusia 30 tahun terkenal dengan kemampuan mencipta peluang, lincah mengawal bola dan penyudah tajam yang menghadirkan ancaman kepada benteng pasukan lawan.
"Careca juga pernah beraksi di Liga Brazil dan Korea Selatan, sekali gus menjadikannya pemain yang cukup matang dari segi pengalaman di peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Syahrizan berkata kehadiran Careca menjadi kekuatan untuk TFC memburu kejayaan lebih cemerlang pada musim ini setelah sekadar menduduki tangga kelima Liga Super musim lepas.
Beliau berkata pemain yang bakal menyarung jersi nombor 26 itu akan menjadi watak penting dalam merencana jentera serangan dan membuka ruang kepada penyerang lain.
TFC sebelum ini mengumumkan kemasukan empat pemain import iaitu Nurillo Tukhtasinov (Uzbekistan), Junior Ngong Sam (Cameroon), Yan Mabella (Perancis) dan Gabriel Costa (Brazil).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#pemain import
#Liga Malaysia
#Raianderson Da Costa Morais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan