awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/07/2020
05:24 MYT
Cari titik persefahaman, kerajaan sedia bertemu golongan LGBT, NGO - Zulkifli
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu. - Gambar Facebook
Kerajaan bersedia mengadakan pertemuan dengan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia bagi membincangkan dan mencari titik persefahaman dengan golongan itu.
Menurut Zulkifli, banyak surat telah diterima meminta untuk diadakan pertemuan dan pihaknya bersedia untuk mengadakannya dalam masa terdekat.
“Isu transgender ini dan juga saya telah mengadakan lawatan ke program yang dikolaborasikan oleh pihak JAKIM, JAWI untuk sama-sama membuat dialog perbincangan dengan rakan-rakan kita, transgender sahabat-sahabat kita ini.
“Ia untuk memberi sebuah pemahaman berkenaan dengan isu yang mungkin mereka boleh lontarkan dan boleh bincangkan satu-persatu. Jadi usaha ke arah itu kita akan teruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serahan Musa'adah COVID-19 di Marang pada Sabtu.
Sebelum ini Zulkifli memberi kebenaran kepada kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap golongan itu sekiranya perlu.
Tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih kepada pendekatan "tarbiah".
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#gay
#Islam
#JAKIM
#JAWI
#kerajaan
#koronavirus
#lesbian
#Marang
#menteri
#NGO
#Perdana Menteri
#transgender
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan