awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung

CBP jadikan industri F&B lebih kompetitif, kata Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
27/03/2015
11:12 MYT
CBP jadikan industri F&B lebih kompetitif, kata Ahmad Maslan
AHMAD MASLAN: Berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan, para perniaga tidak mempunyai kelebihan tuntutan cukai input. - Gambar fail
Industri makanan dan minuman (F&B) akan menjadi lebih kompetitif apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan Rabu ini memandangkan regim cukai baharu itu membolehkan perniagaan menurunkan harga.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata CBP membolehkan syarikat-syarikat F&B mendapat manfaat daripada kos pengeluaran yang lebih rendah berikutan kelebihan kredit cukai input.
"Berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan, para perniaga tidak mempunyai kelebihan tuntutan cukai input.
"Dengan CBP, secara tidak langsung harga jualan dapat dikurangkan kerana kos perniaga berkurangan sebanyak 6.0 peratus berikutan pengenalan cukai input," katanya kepada pemberita semasa mengunjungi restoran Domino's Pizza di Sri Rampai hari ini.
Ahmad Maslan meminta semua pembekal dalam industri F&B agar mendaftar perniagaan mereka bagi CBP untuk membolehkan mereka membuat tuntutan cukai input.
Beliau berkata CBP akan menyumbang tambahan 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dan 0.5 peratus kepada eksport pada 2015 dan 2016.
"Eksport yang lebih tinggi hasil daripada eksport barangan yang tidak dikenakan CBP," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#CBP
#cukai barang dan perkhidmatan
#Domino's Pizza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.