awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cederakan bekas tunang, penganggur didenda RM1,500

Astro AWANI
Astro AWANI
18/03/2026
05:15 MYT
Cederakan bekas tunang, penganggur didenda RM1,500
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. - Gambar/ Sinar Harian
Seorang penggangur hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencederakan bekas tunangnya, bulan lepas.
Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama empat bulan jika gagal membayar denda.
Syed Zamri membayar denda itu.
Anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Putri Fasha Felisa Mohd Izhan,19, di sebuah rumah belakang sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan dekat sini pada 5.30 petang 21 Feb lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah sewa tertuduh dan berlaku pertengkaran sehingga terjadi pergelutan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian lengan kanan serta lengan bawah kanan seperti disahkan dalam laporan pegawai perubatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli manakala Syed Zamri diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nik Nazriani Nik Ab Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pukul bekas tunang
#kes mahkamah
#Kota Bharu
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan