awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cef maut motosikal langgar kerbau

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2024
02:40 MYT
Cef maut motosikal langgar kerbau
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Sungai Panching Timur, Kuantan, awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang cef sebuah hotel di sini maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Sungai Panching Timur di sini pada awal pagi Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa Muhammad Firdaus Mohamad, 28, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZR-R15 dalam perjalanan dari arah Felda Panching Timur menghala ke arah bandar Kuantan.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak haiwan berkenaan yang berada di atas jalan lalu melanggarnya.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#motosikal langgar kerbau
#cef hotel
#Kuantan
#kerbau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan