awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cemas dibuatnya, Monica alami masalah tidur berjalan hingga tersesat

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
10/02/2020
09:06 MYT
Cemas dibuatnya, Monica alami masalah tidur berjalan hingga tersesat
setiba di lokasi pada jam 10.08 pagi, pihak bomba dimaklumkan bahawa murid itu dilaporkan hilang telah dijumpai oleh orang awam. - Foto JBPM
Seorang murid perempuan yang menggemparkan pihak sekolah kerana dilaporkan hilang dari asrama di Sekolah Kebangsaan (SK) Menyan, Jalan Nobong Tada di Sibu pada awal pagi Isnin, dijumpai dalam keadaan selamat. Kehilangan Monica Niga Marylyn, 8, dari Rumah Panjang (RH) Lapok, Sungai Menyan telah menimbulkan suasana cemas di sekolah tersebut apabila ada mendakwa murid itu diculik. Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 8.03 pagi. “Menurut laporan diterima, Monica dilihat oleh seorang rakan asramanya pergi ke tandas namun tidak masuk semula ke bilik tidur asrama selepas itu. “Usaha mencari Monica telah dibuat di sekitar sekolah dan kawasan berhampiran sejurus selepas warden sekolah melaporkan dia tidak berada di tempat tidurnya pada jam 5.10 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini. Sebaik sahaja menerima laporan daripada pihak sekolah, beliau berkata, sepasukan anggota telah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Foto JBPM
Foto JBPM
Namun, ujarnya, setiba di lokasi pada jam 10.08 pagi, pihak bomba dimaklumkan bahawa murid itu dilaporkan hilang telah dijumpai oleh orang awam. “Difahamkan murid itu bukan diculik tetapi dipercayai mengigau dan berjalan sendirian sehingga tersesat sejauh empat kilometer dari sekolah," katanya. Foto JBPM
Foto JBPM
Topic Berkaitan
#hilang
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#mengigau
#Monica Niga Marylyn
#Rumah Panjang RH Lapok
#Sekolah Kebangsaan SK Menyan
#tidur berjalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan