awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta

Bernama
Bernama
06/03/2024
12:40 MYT
CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta
Hakim Datuk Anita Harun menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan tertuduh membayar RM20,000 hari ini dan baki RM80,000 pada 11 Mac. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Anita Harun menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan tertuduh membayar RM20,000 hari ini dan baki RM80,000 pada 11 Mac.
Mahkamah turut mengarahkan Mohd Razain melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berdekatan setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 24 April.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam T. Harpal Singh.
Sebelum ini, Mohd Razain dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah pada prosiding pendakwaan 28 Feb lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEO syarikat telekomunikasi
#tipu penganugerahan projek
#Mahkamah Sesyen
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan