awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: AS selamatkan kru kedua F‑15E ditembak jatuh di Iran
KPM urus bantuan segera kepada keluarga dua pelajar IPG Perlis ditemukan lemas
Anthropic tamatkan had langganan Claude untuk OpenClaw berkuat kuasa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT perkenal ciri sembang berkumpulan untuk pengguna seluruh dunia

Amanz
Amanz
24/11/2025
00:40 MYT
ChatGPT perkenal ciri sembang berkumpulan untuk pengguna seluruh dunia
Beroperasi secara pintar ChatGPT hanya akan memberi respon apabila diseru atau diperlukan. Ini membolehkan anda bersembang dengan rakan lain dalam membincangkan atau merancang sesuatu perkara. - Foto Amanz
SELEPAS melakukan ujian ringkas untuk penggunaan sembang berkumpulan atau “Group Chat” beberapa hari yang lepas, kini OpenAI telah mula memperkenalkan sokongan sembang berkumpulan melalui ChatGPT untuk semua pengguna pelan berbayar seluruh dunia.
Dengan langkah ini, sesiapa yang mempunyai akaun berbayar ChatGPT boleh memulakan sokongan sembang berkumpulan. Seterusnya sebuah pautan khas akan dijana, membolehkan rakan-rakan lain menyertai dan berbual.
ChatGPT akan beroperasi secara pintar, dan hanya memberikan respon apabila diseru atau diperlukan.
Ini membolehkan anda bersembang dengan rakan lain dalam membincangkan atau merancang sesuatu perkara.
Ini sekali gus akan membantu dan mempercepatkan sesuatu perbincangan, dan turut dibantu bersama kecerdasan buatan janaan.
Bagi anda yang berminat, boleh ke ChatGPT, dan memilih mulakan “Group Chat” melalui ikon pada penjuru atas kanan laman berkenaan.
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#OpenAI
#sembang berkumpulan
#group chat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan