awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT teliti dakwaan model GPT-4 semakin 'malas'

Amanz
Amanz
10/12/2023
04:10 MYT
ChatGPT teliti dakwaan model GPT-4 semakin 'malas'
OpenAI melalui akaun ChatGPT memaklumkan yang mereka sedang menyemak aduan mengatakan model GPT-4 yang semakin 'malas' berkenaan. - Gambar/ Reuters
OpenAI melalui saluran rasmi mereka kini memaklumkan mereka sedang menyemak dan menyiasat beberapa aduan, yang menyatakan model GPT-4 semakin “malas” berbanding sebelum ini.
Antara aduan yang hadir ialah GPT-4 tidak memberikan maklum balas penuh seperti sebelum ini, atau membalas dengan 'acuh tak acuh', serta tidak melaksanakan apa yang diminta oleh pengguna.
Terdapat juga beberapa spekulasi menyatakan OpenAI melakukan perubahan berkenaan dalam menjimatkan lagi kuasa pemprosesan dan kelajuan memberikan respons.
Namun, kini OpenAI melalui akaun ChatGPT memaklumkan yang mereka sedang menyemak aduan mengatakan model GPT-4 yang semakin 'malas' berkenaan.
OpenAI mengatakan mereka tidak mengemas kini model GPT-4 sejak 11 November 2023 lepas. Dan perubahan yang berlaku pada model ini juga tidak disengajakan. Pihak OpenAI menyatakan kelakuan sesuatu model itu sukar untuk diramalkan, dan mereka sedang menyemak untuk membaiki masalah yang dihadapi.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan mengenai bila perkara ini akan diselesaikan. Untuk makluman juga, sebelum ini OpenAI telah menutup sementara pendaftaran akaun ChatGPT Plus, dan masih tidak memberikan tarikh bilakah ia akan dibuka kembali kepada orang ramai. - Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#malas
#OpenAI
#GPT-4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan