awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegubard kemalangan elak haiwan melintas

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2026
10:18 MYT
Chegubard kemalangan elak haiwan melintas
Keadaan pacuan empat roda dipandu Chegubard selepas terbabit kemalangan. -Foto Sinar Harian
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard terlibat dalam kemalangan ketika cuba mengelak haiwan di Kilometer 7.3, Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina di sini pada Khamis
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika beliau memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dalam perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau melalui Jalan Chengkau-Pilin-Lubuk Cina.
“Difahamkan sebaik tiba di lokasi, terdapat seekor haiwan yang tidak dikenal pasti melintas dari arah sebelah kanan ke kiri jalan.
"Beliau cuba mengelak, namun kenderaannya telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri serta terlanggar tiang jambatan lebuh raya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan termasuk tayar hadapan kiri pecah, bumper hadapan pecah dan bonet hadapan kemik.
Bagaimanapun katanya, pemandu tidak mengalami kenderaan.
Sementara itu, Chegubard dalam perkongsian di Facebooknya meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chegubard
#Rembau
#kemalangan jalan raya
#Chengkau Pilin Lubuk Cina
#Toyota Hilux
#haiwan melintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan