awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT juara Liga Super kali ke-12 berturut-turut
'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sokong Iran pertahan kedaulatan, keutuhan wilayah - Wang Yi

Reuters
Reuters
03/03/2026
06:34 MYT
China sokong Iran pertahan kedaulatan, keutuhan wilayah - Wang Yi
Wang Yi menyatakan sokongan kepada usaha Iran dalam memelihara hak dan kepentingan sah negara berkenaan. - Gambar fail
Menteri Luar China Wang Yi mengulangi pendirian Beijing untuk menyokong penuh usaha Iran dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan, keutuhan wilayah dan maruah negara itu.
Beliau membuat kenyataan itu selepas dimaklumkan mengenai perkembangan terkini situasi Iran oleh rakan sejawatnya dari negara itu, Seyed Abbas Araghchi menerusi perbualan telefon pada Isnin.
Menurut Araghchi, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran buat kali kedua ketika rundingan berkenaan sedang berjalan.
Beliau berkata tindakan AS itu melanggar undang-undang antarabangsa dan melangkaui garis merah Iran, meskipun kedua-dua pihak sebelum ini mencapai kemajuan positif dalam rundingan pusingan baharu.
Sehubungan itu, Tehran tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan diri, katanya.
Dalam perbualan telefon itu, Wang turut menyatakan sokongan kepada usaha Iran dalam memelihara hak dan kepentingan sah negara berkenaan.
Beliau berkata China telah mendesak AS dan Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan serta-merta bagi mengelakkan ketegangan terus memuncak dan mencegah konflik daripada merebak ke seluruh Timur Tengah.
China yakin bahawa Iran akan mengekalkan kestabilan negara dan sosial, selain mengambil berat terhadap kebimbangan negara jiran serta menjamin keselamatan warganegara dan institusi China di Iran.
-- BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#Iran
#kedaulatan
#konflik
#Timur Tengah
#wang yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan