awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cik Puan Muda Julita Aishah stabil

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
20/06/2019
08:51 MYT
Cik Puan Muda Julita Aishah stabil
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kini menerima rawatan di hospital pakar KPJ Pahang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.- Gambar fail
Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kini menerima rawatan di hospital pakar KPJ Pahang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau yang mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dinaikinya mengalami kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor kira-kira pukul 9 pagi, tiba di hospital tersebut pada pukul 2.30 petang tadi.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah turut berada di hospital berkenaan.
Dalam kejadian pagi tadi, kenderaan yang dinaiki Cik Puan Julita Aishah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.
Namun pemandu kenderaan MPV berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan. BACA: Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
Topic Berkaitan
#Cik Puan Muda Julita Aishah stabil
#Cik Puan Muda Pahang
#kemalangan
#KPJ Kuantan
#stabil
#Tengku Muda Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan