awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2021
09:53 MYT
Cikgu sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu
Menurut polis, kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.
PASIR PUTEH: Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang menunjukkan kemaluan kepada pelajarnya mengundang padah apabila dia kini diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu telah dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.
"Kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.
"Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa.
Beliau berkata, terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.
Katanya, mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.
Mohd Azmir berkata, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.
"Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian," katanya.
Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Cikgu sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu
Topic Berkaitan
#tunjuk kemaluan
#guru diburu
#Pasir Puteh
#kelucahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan