awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID: Tiada varian Lambda dikesan di Sarawak setakat ini

Bernama
Bernama
05/08/2021
16:44 MYT
COVID: Tiada varian Lambda dikesan di Sarawak setakat ini
Tiada kes varian Lambda (C.37) COVID-19 dikesan di Sarawak setakat ini, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). - Gambar hiasan
KUCHING: Tiada kes varian Lambda (C.37) COVID-19 dikesan di Sarawak setakat ini, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pengarah IHCM Prof Dr David Perera dalam kenyataan pada Khamis berkata sehubungan itu, rakyat di negeri ini tidak perlu berasa bimbang.
Beliau berkata IHCM komited untuk menjalin kerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melalui analisis penjujukan genom COVID-19 institut itu untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kemasukan sebarang varian baharu ke Sarawak.
"Bagaimanapun, kami ingin memberi nasihat kepada orang ramai betapa pentingnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Ini bagi mengelakkan sebarang peningkatan penularan virus yang berpotensi membawa kemunculan varian baharu. Ia menjadi lebih penting kerana kita akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.
Dr Perera berkata sampel Lambda yang paling awal didokumenkan adalah dari Peru pada bulan Disember 2020.
"Sehingga kini, varian ini telah dikesan terutamanya di Amerika Selatan, Amerika Syarikat, Eropah dan baru-baru ini di India," katanya.
Sejak penularan COVID-19 pada tahun lepas, IHCM berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik itu di negeri ini.
Ia ditugaskan untuk menguji sampel dan analisis penjujukan genom untuk mengesan perubahan virus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#varian baharu
#Malaysia
#pandemik
#Sarawak
#Lambda
#varian lambda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan