awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 11 kes baharu, hanya satu penularan tempatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/08/2020
08:33 MYT
COVID-19: 11 kes baharu, hanya satu penularan tempatan
Menurut Dr Noor Hisham, daripada 10 kes import itu, enam kes melibatkan warganegara dan empat warga asing.
Sebanyak 11 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 12 tengahari Sabtu melibatkan 10 kes import manakala satu kes penularan dalam negara.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,317 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 154 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 10 kes import itu, enam kes melibatkan warganegara dan empat warga asing.
Lapan daripada kes import itu katanya, mendapat jangkitan dari India dengan tujuh kes dikesan di Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor.
Sementara, masing-masing satu kes lagi ujarnya, dikesan dari Indonesia dan Qatar.
"Manakala satu kes penularan dalam negara pula melibatkan seorang warga tempatan yang dikesan di Sarawak ketika saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, pada Sabtu.
Dr Noor Hisham menambah, sehingga kini, lapan kes pulih dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 9,038 kes bersamaan 97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Kata beliau lagi, lapan kes positif COVID-19 masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
"Bagaimanapun, tiada pertambahan kes kematian setakat ini kekal dengan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 125 kes bersamaan 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#India
#Indonesia
#kes import
#penularan tempatan
#Qatar
#unit rawatan rapi
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan