awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 14,516 kes baharu, negara rekod jumlah kematian harian tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2021
08:05 MYT
COVID-19: 14,516 kes baharu, negara rekod jumlah kematian harian tertinggi
Dr Noor Hisham memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,027,954. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 14,516 kes dalam tempoh 24 jam lalu, penurunan hampir 3,000 kes berbanding angka tertinggi 17,045 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,027,954.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,508 kes diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160) dan Sabah (720).
Daripada jumlah kes harian, hanya tiga kes import manakala 14,513 pula merupakan penularan tempatan.
Sehingga 26 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 14,516 kes (1,027,954 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,508 (373,977) WPKL - 1,425 (111,476) Johor - 1,449 (85,707) Sabah - 720 (80,190) Sarawak - 356 (74,342) Negeri Sembilan - 452 (67,067) pic.twitter.com/aahevyvkT4
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 26, 2021
Pulau Pinang - 402 (42,499) Kelantan - 346 (40,019) Kedah - 1,160 (39,637) Perak - 590 (34,509) Melaka - 373 (28,467) Pahang - 386 (21,773) Terengganu - 245 (14,563) WP Labuan - 8 (9,607) WP Putrajaya - 94 (3,461) Perlis - 2 (660)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 26, 2021
KKM turut merekodkan 207 lagi kematian menjadikan ia jumlah harian tertinggi negara setakat ini dengan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 kini meningkat kepada 8,201 kes.
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 9,327 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 853,913.
Sementara kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 1,009 kes, manakala 524 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 26 Julai 2021 Kes sembuh= 9,372 Jumlah kes sembuh= 853,913 Kes baharu positif= 14,516 (3 import) Jumlah positif= 1,027,954 Kes kematian= 207 Jumlah kes kematian= 8,201 Kes dirawat di ICU= 1,009 Bantuan alat pernafasan= 524 pic.twitter.com/q21kJXAvDi
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 26, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Twitter
#kematian
#ICU
#Sembuh
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Noor Hisham Abdullah
#Negeri Sembilan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan