awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 22 daripada lebih 6,000 rakyat pulang ke tanah air positif

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/06/2020
08:09 MYT
COVID-19: 22 daripada lebih 6,000 rakyat pulang ke tanah air positif
ISMAIL SABRI: 278 individu telah diperintah untuk untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala tiga lagi dibawa ke hospital. - Gambar fail
Hanya 22 daripada 6,719 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19 bagi tempoh 10 hingga 18 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata semua mereka disaring pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di semua pintu masuk negara.
“Daripada jumlah 6,719 tersebut, 6,696 individu didapati negatif COVID-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
“Seramai 22 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala seorang masih menunggu keputusan saringan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Katanya lagi, pada Jumaat, seramai 281 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China, Brunei, Pakistan, Vietnam dan Hong Kong.
“Seramai 278 individu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman mereka manakala tiga lagi dibawa ke hospital,” katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#pulang
#rakyat Malaysia
#tanah air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan