awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,593 kes, tertinggi pernah direkodkan

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2021
10:39 MYT
COVID-19: 2,593 kes, tertinggi pernah direkodkan
Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,589 kes merupakan penularan COVID-19 dalam negara serta empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Selangor masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes diikuti oleh Johor (571 kes) dan Sabah (405 kes).
"Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes.
Sehingga kini juga, kata Dr Noor Hisham, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 6 Jan 2021
Topic Berkaitan
#KKM
#kes baharu
#Kes sembuh
#COVID-19
#Kematian baharu
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan