awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 30 sekolah di Lahad Datu ditutup sementara mulai esok

Bernama
Bernama
22/09/2020
13:38 MYT
COVID-19: 30 sekolah di Lahad Datu ditutup sementara mulai esok
Sepanjang tempoh penutupan sekolah itu, PdP bagi kelas Prasekolah hingga Tingkatan Empat akan dijalankan secara dalam talian. Gambar hiasan
Sebanyak 30 buah sekolah di mukim Bandar, Silam dan Silabukan ditutup sementara bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin berkata langkah itu bertujuan membantu usaha Jawatankuasa Bencana Daerah serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah atas nasihat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagaimanapun, Dr Mistirine berkata lima buah sekolah menengah yang terlibat masih melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di bilik darjah membabitkan pelajar Tingkatan Lima dan Enam.
"Saya harap para guru serta pelajar patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan kes," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, sepanjang tempoh penutupan sekolah itu, PdP bagi kelas Prasekolah hingga Tingkatan Empat akan dijalankan secara dalam talian dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) digalakkan.
Sementara itu, Mistirine berkata terdapat 13 sekolah lain ditutup lebih awal untuk tujuan proses nyah cemar, iaitu sebuah di Tawau dan masing-masing tiga di Kunak serta sembilan di Lahad Datu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ditutup
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
#koronavirus
#Lahad Datu
#Malaysia
#pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan