awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 561 kes baharu dilapor, 488 daripadanya jangkitan di Sabah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/10/2020
10:27 MYT
COVID-19: 561 kes baharu dilapor, 488 daripadanya jangkitan di Sabah
Daripada 561 kes baharu tersebut, 488 adalah jangkitan di negeri Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sejumlah 561 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini di Malaysia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15,657 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 561 kes baharu tersebut, 488 adalah jangkitan di negeri Sabah.
"Lapan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
"11 kes merupakan pengunjung dari Sabah sekali gus menjadikan keseluruhan 353 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah," katanya.
Sementara itu, katanya, sejumlah 133 individu telah pulih hari ini menjadikan kumulatif kes pulih adalah 10,913 individu.
Beliau turut memaklumkan terdapat dua kematian hari ini di Sabah iaitu masing-masing di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Hospital Tawau.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes bersamaan 1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#561 kes baharu
#Sabah
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan