awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 81,000 dalam senarai eKasih akan terima bantuan bakul makanan di Sabah

Bernama
Bernama
08/02/2021
20:13 MYT
COVID-19: 81,000 dalam senarai eKasih akan terima bantuan bakul makanan di Sabah
SHAHELMY: Pengagihan dijangka akan memuncak pada minggu ini dan selain senarai eKasih, bantuan bakul makanan juga diteruskan buat rakyat yang dikenakan arahan kuarantin.
KOTA KINABALU:Seramai 81,000 penerima dalam senarai eKasih di Sabah akan menerima bantuan bakul makanan COVID-19 bagi membantu mereka menghadapi pelbagai kesukaran akibat pandemik itu.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata proses perolehan bakul makanan untuk penerima eKasih telah dibuat pusat kawalan operasi bencana daerah terlibat dan mula diagihkan semalam.
"Pengagihan dijangka akan memuncak pada minggu ini dan selain senarai eKasih, bantuan bakul makanan juga diteruskan buat rakyat yang dikenakan arahan kuarantin.
"Jumlah penerima dalam kalangan mereka yang dikuarantin bergantung kepada ujian saringan COVID-19 dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya pada sidang media di sini pada malam Isnin.
eKasih merupakan satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Shahelmy berkata sehingga hari ini, sejumlah 10,686 bakul makanan telah diagihkan kepadagolongan terkesan di bawah Program Bantuan Prihatin COVID-19 2.0.
Terdahulu, Shahelmy melakukan tinjauan terhadap pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Putatan di sini.
Katanya, pengguna boleh melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna jika mendapati terdapat peniaga menjual pada harga melebihi harga kawalan dan menaikan harga jualan secara tidak munasabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eKasih
#Bakul Makanan
#Sabah
#COVID-19
#Program Bantuan Prihatin
#Kementerian Kesihatan
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan