awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Berhati-hati maklumat tidak benar mengenai pemberian vaksin

Bernama
Bernama
09/07/2021
02:05 MYT
COVID-19: Berhati-hati maklumat tidak benar mengenai pemberian vaksin
Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi. - Gambar hiasan
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin.
MCMC berkata semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing.
"Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi," menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.
Telah tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan maklumat peribadi.
PKD Hulu Langat melalui laman Facebook menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan ia tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#MCMC
#maklumat
#JKJAV
#CITF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan