awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
PGA Lahad Datu rampas pelbagai barang RM 4.1 juta di ESSZONE
Dua nelayan Indonesia diselamatkan selepas hanyut ke perairan Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 33 kes import tidak bergejala di Singapura

Bernama
Bernama
14/01/2021
03:47 MYT
COVID-19: Dua rakyat Malaysia antara 33 kes import tidak bergejala di Singapura
Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura - Gambar BERNAMA
SINGAPURA:Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import COVID-19 yang tidak bergejala dilaporkan semalam, adalah rakyat Malaysia.
Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.
Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan sejumlah 38 kes baharu COVID-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan melibatkan penghuni asrama.
Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memaklumkan 34 tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif, manakala empat lagi kes bergejala.
Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.
Dengan angka kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,984 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Singapura
#COVID-19
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan