awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hampir 80 peratus pelajar 12-17 tahun terima satu dos vaksin - Radzi

Bernama
Bernama
10/10/2021
13:41 MYT
COVID-19: Hampir 80 peratus pelajar 12-17 tahun terima satu dos vaksin - Radzi
Hampir 80 peratus pelajar berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. - Gambar fail/ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Hampir 80 peratus pelajar berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 hingga kini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Dalam perkongsian di Facebook, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pelaksanaan program vaksinasi kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula pada awal September lepas.
Jelasnya, KPM dan KKM telah mengadakan perbincangan bagi meneliti pendekatan terbaik untuk menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan PICK Remaja bagi murid sekolah KPM dan maklumat tersebut boleh dikongsikan kepada umum sepertimana data vaksinasi yang lain.
"Alhamdulillah, hari ini KKM melancarkan fitur baharu mengenai perincian vaksinasi bagi peringkat sekolah di bawah KPM dalam laman sesawang COVIDNOW.
"Melalui fitur baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school," katanya.
Radzi berkata usaha tersebut dapat menyediakan maklumat telus kepada masyarakat khususnya ibu, bapa serta penjaga dan juga sebahagian daripada langkah peralihan negara ke fasa endemik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#pelajar
#vaksin
#program vaksinasi
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan