awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kes sembuh tertinggi, 2,464 kes baharu, tujuh kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/02/2021
10:06 MYT
COVID-19: Jumlah kes sembuh tertinggi, 2,464 kes baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan jumlah kes sembuh tertinggi iaitu sebanyak 4,525 kes menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi pada Ahad dengan sebanyak 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.
Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 264,269 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 49,490 kes," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
KKM dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak tujuh kes kematian baharu yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.
Mengenai penularan mengikut negeri, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes diikuti Johor, 492 kes dan Sarawak sebanyak 161 kes.
Setakat ini, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#ICU
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#koronavirus
#kes baharu
#kes kematian
#Kes sembuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan