awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kelantan mohon bekalan vaksin tambahan, sasar 30,000 suntikan sehari

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/08/2021
03:27 MYT
COVID-19: Kelantan mohon bekalan vaksin tambahan, sasar 30,000 suntikan sehari
Kerajaan Kelantan telah memohon bekalan vaksin tambahan sebanyak sejuta dos bagi mencapai sasaran lebih 80 peratus imunisasi kelompok di negeri itu. -Astro AWANI
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah memohon bekalan vaksin tambahan sebanyak sejuta dos bagi mencapai sasaran lebih 80 peratus imunisasi kelompok di negeri itu.
Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, penggunaan vaksin yang dibekalkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di pusat penerimaan vaksin (PPV) Kelantan kini mencapai 97 peratus.
Katanya lagi, PPV yang diwujudkan di seluruh Kelantan juga mampu memberikan suntikan lebih 30,000 sehari kepada penerima.
"Vaksin ini kita beri keutamaan. Kita minta tambahan daripada menteri MOSTI kalau boleh nak dapatkan 30,000 sehari.
"Kita ada keupayaan dengan adanya khidmat sukarelawan dalam pelbagai peringkat outreach. Jadi kita mampu berikan suntikan 30,000 sehari apabila bekalan vaksin ada," kata Ahmad Yakob.
Beliau berkata setakat ini permohonan bekalan tambahan vaksin itu belum mendapat maklum balas daripada MOSTI.
"Belum ada jawapan, harap diberi pertimbangan kerana kita bimbang dengan musim tengkujuh yang bakal tiba," kata Ahmad Yakob.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#Ahmad Yakob
#COVID-19
#PPV
#vaksin
#MOSTI
#suntikan
#menteri besar kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan