awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kelompangan SOP punca kes, kluster meningkat - Pakar kesihatan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
04/01/2021
06:18 MYT
COVID-19: Kelompangan SOP punca kes, kluster meningkat - Pakar kesihatan
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata biarpun terdapat SOP yang perlu diikut, namun terdapat kelompangan dalam penguatkuasaannya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Perbezaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di institusi yang berbeza menjadi punca berlakunya peningkatan kes dan kluster berkaitan jangkitan COVID-19 di negara ini.
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata biarpun terdapat SOP yang perlu diikut, namun terdapat kelompangan dalam penguatkuasaannya.
“Kami menyaksikan perbezaan pelaksanaan SOP seperti di masjid, pusat beli-belah, institusi pejabat dan sebagainya berbanding pelaksanaan SOP apabila terdapat satu perhimpunan dalam peringkat masyarakat atau perjumpaan sosial.
“Bagaimanapun, siapa yang hendak melaksanakan SOP itu?
“Untuk itu, kami mendapati terdapat banyak kelompangan atau keadaan-keadaan di mana kami tidak dapat menampung apabila sesuatu perkumpulan dilaksanakan tanpa melihat langsung kepada SOP,” kata Dr Malina dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Isnin.
Katanya, pada sesuatu majlis ketika waktu perayaan, penguatkuasaaan SOP itu terpulang kepada masing-masing bagaimana mereka hendak melaksanakannya.
“Di pusat beli-belah, kami lihat kadangkala penjarakan fizikal tidak diamalkan tetapi berbeza, kerana kami tidak kenal antara satu sama lain.
“Namun, pada perjumpaan sosial, kami kenal, kadangkala rapat dan sebagainya.
“Kami hanya ada kemampuan untuk memperkasakan setiap seorang untuk melaksanakan SOP yang dicadangkan, tetapi dari segi penguatkuasaan itu, terpulang masing-masing bagaimana hendak melaksanakannya,”
Justeru, katanya, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya kelekaaan sehingga mencetuskan kes-kes dan kluster COVID-19 baharu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#perhimpunan
#kluster
#kelompangan
#rakyat Malaysia
#kesihatan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan