awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
08/08/2022
05:48 MYT
COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Menurut Dr Noor Hisham, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara pula menunjukkan sedikit penurunan. - Gamabr fail
KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh sama, kes kematian pula meningkat kepada 60 kes berbanding 49 kes minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 22.4 peratus.
"Bilangan kes sembuh pada ME 31/2022 menurun sebanyak 7.2 peratus iaitu 30,837 kes kepada 28,604 kes.
"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 31/2022 adalah 45,941 iaitu terdapat penurunan sebanyak 2.6 peratus berbanding minggu sebelumnya," katanya dalam kenyataan situasi semasa jangkitan COVID-19, hari ini.
Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk kekal sebanyak 12 orang bagi ME31/2022.
Dr Noor Hisham berkata pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal 14 peratus, katil PKRC menurun sebanyak dua peratus manakala meningkat sebanyak dua peratus untuk katil bukan kritikal.
Selain itu, peratusan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus pada ME 31/2022 berbanding ME30/2022.
Beliau berkata kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara pula menunjukkan sedikit penurunan.
"Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 1.7 peratus, kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 1.5 peratus manakala kes yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital menurun sebanyak 20.9 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#PKRC
#pusat penilaian COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan