awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes kekal menurun, 8,075 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/10/2021
06:06 MYT
COVID-19: Kes kekal menurun, 8,075 kes baharu, Sarawak masih tertinggi
Sarawak dan Kelantan masing-masing melaporkan kes harian tertinggi dengan catatan empat angka kes, kata Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Angka kes baharu COVID-19 kekal menurun hari ini apabila sebanyak 8,075 kes dilaporkan bagi tempoh 24 jam.
Jumlah itu membawa kepada jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini sebanyak 2,285,640 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih kekal dangan catatan kes harian tertinggi dengan sebanyak 1,189 kes diikuti Kelantan yang turut melaporkan kes empat angka iaitu sebanyak 1,020 kes.
Sehingga 4 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah: 8,075 kes (2,285,640 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 686 (682,302) Sarawak - 1,189 (216,765) Sabah - 677 (201,073) Johor - 781 (199,948) WPKL - 151 (186,872) Kedah - 628 (137,417)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 4, 2021
Menurut data COVIDNOW, setakat semalam, kadar kematian adalah sebanyak 118 kes termasuk 27 kes Brought In Dead (BID) menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 26,683 kes.
Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menempatkan seramai 867 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 461 kes memerlukan rawatan pernafasan.
Manakala jumlah kes sembuh hari ini dilaporkan sebanyak 15,456 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,116,021 kes.
Secara keseluruhan, sebahagian besar kes yang dilaporkan hari ini hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.0 peratus atau bersamaan 7,915 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut melaporkan pertambahan sebanyak 15 lagi kluster baharu.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kes positif COVID-19
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan