awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM galakkan pemakaian pelitup muka, tiada rancangan mewajibkan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/07/2020
11:40 MYT
COVID-19: KKM galakkan pemakaian pelitup muka, tiada rancangan mewajibkan
DR NOOR HISHAM: Virus tersebut masih ada lagi dan boleh merebak atau kembali kalau kita tidak ambil langkah pencegahan. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengalakkan orang ramai untuk memakai pelitup muka terutamanya di kawasan awam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM tiada perancaangan untuk menjadikannya mandatori bagi mengelakkan risiko gelombang baharu COVID-19.
“Kita sangat mengalakkan pemakaian pelitup hidung dan mulut. Jika kita ingin menjadikannya mandatori, mereka yang tidak memakai pelitup hidup dan mulut akan didenda RM1,000. Jika mereka tidak boleh bayar, mereka kena masuk penjara.
“Jadi, kita tidak mahu gunakan kaedah tersebut tetapi kita sangat mengalakkan pemakaian pelitup hidung dan muka terutamanya di khalayak awam atau bagi yang ada gejala,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media berkaitan perkembangan COVID-19 di Malaysia pada Selasa.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata KKM bimbang jika rakyat leka dan kembali kepada kehidupan normal tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan.
“Ini kebimbangan kita. Virus tersebut masih ada lagi dan boleh merebak atau kembali kalau kita tidak ambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan,” tegasnya.
Sebelum ini, beliau mengesahkan terdapat empat kes baharu positif jangkitan COVID-19 pada Selasa, sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 8,729 kes.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#mewajibkan
#pemakaian pelitup hidung dan muka
#perancangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan