awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lagi kluster baharu dikesan di Tawau - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Fareez Azman
23/09/2020
10:15 MYT
COVID-19: Lagi kluster baharu dikesan di Tawau - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham memaklumkan perkembangan itu dalam kenyataan media pada Rabu. Gambar fail
Satu lagi kluster baharu dikesan di Tawau dikenali sebagai Kluster Udin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, kluster indeks melibatkan seorang wanita tempatan berusia 72 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 12 September lalu.
"Kes indeks dikesan positif COVID-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September.
"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif COVID-19 pada 22 September. Kedua-dua kes positif ini melibatkan warga Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Katanya, sehingga jam 12 tengah hari Rabu, seramai 128 individu telah disaring dengan tiga dikesan positif, negatif (71) dan masih menunggu keputusan (54).
Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah pencegahan jangkitan termasuk melakukan proses nyah kuman serta pembersihan di lokasi terlibat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Filipina
#Hospital
#kes positif
#KKM
#Kluster baharu
#Kluster indeks
#Kluster Udin
#siasatan
#Tawau
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan