awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pengarah IPTA bergelar Datuk ditahan SPRM, disyaki salah guna RM1 juta
Google perketat dasar carian, sasar amalan 'back‑button hijacking'
Konflik Asia Barat: Pakistan laksana catuan elektrik kekang kos tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
09:19 MYT
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian
Masoud Pezeshkian (foto) berkata Iran sentiasa bersedia untuk berunding, dengan syarat ia berasaskan sikap saling menghormati dan bukan tekanan luar. -Gambar fail
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan bahawa Tehran tidak berminat untuk berperang, sebaliknya memilih jalan dialog, namun memberi amaran bahawa sebarang usaha Amerika Syarikat untuk memaksa negaranya menyerah kalah tidak akan membuahkan hasil.
Memetik laporan agensi berita IRNA, Masoud Pezeshkian berkata Iran sentiasa bersedia untuk berunding, dengan syarat ia berasaskan sikap saling menghormati dan bukan tekanan luar.
“Apa justifikasi menyasarkan orang awam, golongan elit dan kanak-kanak, serta memusnahkan pusat penting termasuk sekolah dan hospital, dalam kerangka undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan?” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak, apabila beliau mempersoalkan serangan yang menjejaskan infrastruktur awam dan mengorbankan penduduk yang tidak bersalah.
Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha pihak asing untuk mengenakan kehendak mereka terhadap Iran melalui kekerasan tidak akan mencapai matlamat.
Pada masa sama, Masoud Pezeshkian menggesa masyarakat antarabangsa supaya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan kemanusiaan dalam menangani konflik yang sedang berlaku di rantau berkenaan.
Topic Berkaitan
#Presiden Iran
#Masoud Pezeshkian
#Iran Amerika Syarikat
#konflik Asia Barat
#diplomasi antarabangsa
#undang-undang kemanusiaan
#keselamatan serantau
#IRNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan