awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Negara rekod jumlah kematian harian tertinggi, kes positif melonjak kepada 8,869

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/07/2021
07:15 MYT
COVID-19: Negara rekod jumlah kematian harian tertinggi, kes positif melonjak kepada 8,869
Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara ini kini sebanyak 5,903 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan jumlah kes kematian harian tertinggi apabila 135 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini sebanyak 5,903 kes.
Sementara itu, kes COVID-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan apabila 8,869 kes baharu dilaporkan hari ini, jumlah harian kedua tertinggi pernah dicatatkan.
Pada 29 Mei lalu, negara mencatatkan sebanyak 9,020 kes.
Angka itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan sejak pandemik itu melanda menjadi 808,658 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 4,152 kes, diikuti Kuala Lumpur, 1,133 kes, dan Perak sebanyak 543 kes.
Sehingga 8 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,868 kes (808,658 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 4,152 (272,993) WPKL - 1,133 (85,042) Johor - 336 (73,722) Sabah - 279 (71,468) Sarawak - 281 (67,841) Negeri Sembilan - 897 (50,314) pic.twitter.com/mmBi9gSfAG
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 8, 2021
Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada jumlah kes baharu, 10 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 77,275 kes," katanya.
Setakat ini, 952 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 445 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala jumlah keseluruhan kes pulih kini melaporkan sebanyak 725,480 kes termasuk penambahan 5,802 kes pulih baharu hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#kes kematian
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan