awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-naught negara naik 1.10, Kedah dan Terengganu tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2021
22:00 MYT
COVID-19: Nilai R-naught negara naik 1.10, Kedah dan Terengganu tertinggi
Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan untuk tiga hari berturut-turut.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan untuk tiga hari berturut-turut.
Angka itu naik pada kadar 1.10 pada Rabu berbanding 1.08 hari sebelumnya.
Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.27.
Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Pahang, Labuan, Perak, Melaka dan Johor.
Ini termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Putrajaya dan Sabah.
Kelantan dan Sarawak merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
Sementara itu, Perlis satu-satunya negeri mencatatkan enam kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#PKP
#kes positif
#virus
#R-Naught
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan