awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pakatan industri seru kerajaan ambil pendekatan berbeza ke atas pandemik

Bernama
Bernama
06/07/2021
20:00 MYT
COVID-19: Pakatan industri seru kerajaan ambil pendekatan berbeza ke atas pandemik
Gabungan itu juga menggesa kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi, kerana ia adalah satu-satunya cara bagi sekatan pergerakan ditarik balik dan seterusnya, memulihkan operasi perniagaan. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang berbeza dalam menentukan perniagaan penting atau bukan utama yang dibenarkan beroperasi untuk mengelakkan kerugian selanjutnya kepada sektor ekonomi, kata gabungan persatuan perdagangan dan dewan perniagaan, Industries Unite (IU).
Pengasas Bersama IU, Datuk Irwin SW Cheong dalam satu sidang media hari ini memberitahu kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih proaktif seperti turun ke peringkat negeri dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri bagi membantu mengesan termasuk mencari punca penularan COVID-19.
Beliau berkata dengan berbuat demikian, kerajaan boleh mengadakan ujian COVID-19 secara bersegmen dan mengenakan sekatan pergerakan ke atas lokaliti tertentu, bukannya sekatan menyeluruh.
Gabungan itu juga menggesa kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi, kerana ia adalah satu-satunya cara bagi sekatan pergerakan ditarik balik dan seterusnya, memulihkan operasi perniagaan.
''Kami menggesa kerajaan untuk berhubung rapat dengan sektor kesihatan swasta dan doktor perubatan bagi membantu dalam proses vaksinasi kerana ia adalah langkah yang paling efektif sekarang.
''Naratif kami telah berubah sepenuhnya sekarang kerana kami bukan sahaja terpaksa berjuang untuk perniagaan dan industri kami, tetapi kami turut memperjuangkan nasib mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan perniagaan,'' tambahnya.
Mengenai perkembangan itu, Cheong berkata IU, yang mewakili 115 persatuan perdagangan dan dewan perniagaan dengan 3.3 juta perniagaan, termasuk usahawan mikro, menawarkan kerajaan bantuan dalam mereka bentuk pendekatan yang sesuai bagi merangsang ekonomi pasca pandemik.
''Kami juga sedang memulakan kempen yang dipanggil 'Satu Hati, Satu Suara', yang mana semua presiden persatuan perdagangan dan dewan perniagaan akan menyampaikan mesej kepada kerajaan serta rakyat mengenai wabak ini,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#usahawan
#ekonomi
#Industries Unite
#IU
#Irwin SW Cheong
#vaksinasi
#Operasi perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan