awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/01/2021
08:04 MYT
COVID-19: Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula esok
Pejabat dan kaunter KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai esok.
KUALA LUMPUR:Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup sementara mulai esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memberitahu, penutupan itu ia adalah selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
"Operasi akan ditutup sehingga dimaklumkan kelak," katanya di sini, pada Ahad.
Kenyataan itu turut memaklumkan yang kakitangan itu sedang menjalani rawatan dan pada masa yang sama KKM sedang melakukan pengesanan kontak.
Ekoran itu katanya, semua kakitangan KWSP cawangan itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 dan sekiranya positif akan dikuarantinkan selama 10 hari.
Sehubungan itu, kenyataan itu menasihati pencarum supaya melaksanakan transaksi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun atau menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online jika ada keperluan untuk hadir ke cawangan.
Dalam pada itu, pejabat KWSP Sibu akan dibuka semula mulai esok selepas ditutup sejak 13 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#ditutup sementara
#pengesanan kontak
#Saringan COVID-19
#KWSP Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan